Pages

Monday, September 1, 2014

'ROOT' Asus Zenfone 6


Salam 1 Malaysia semua, ok sebelum ni saya ada post pasal handphone keluaran Asus iaitu Zenfone 6 yang baru saya gunakan beberapa minggu lepas. Kali ini saya nak kongsikan pula macam mana nak 'ROOT' Zenfone 6 ni. Cara yang sama juga dikatakan boleh digunakan untuk siri Zenfone yang lain. Biasa la kalau dah pakai handphone baru ni mesti nak root sebab ianya memberikan kebebasan menyeluruh kepada kita untuk memodifikasi sistem sedia ada dan membenarkan kebolehan luar batas sesuatu fungsi handphone itu. Senang citer macam-macam la korang boleh buat kalau root dilakukan. TAPI kena ingat, kadang-kadang proses rooting yang gagal akan menyebabkan sistem operasi telefon gagal berjalan seperti biasa dengan kata lain hanphone boleh jadi BRICK. Rooting juga akan void WARRANTY sekiranya gagal di lakukan dengan betul. So, ikuti langkah di bawah secara focus, slow and steady.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut

1) Download file Zenfone Root APK dan simpan dalam internal/external phone storage.
2) Tutup WIFI connection dan mobile data network serta tukar setting kepada 'Flight Mode'.
3) Install 'zenfone root.apk' yang anda download tadi. Sekiranya gagal semasa install, pergi ke 'Setting' > 'Security' > tick 'Unknown sources'.
4) Bila proses install sudah berjaya, icon 'ROOT ZenFone' akan berada dalam application drawer. Klik pada icon tersebut untuk run applikasinya.


5) Satu pop-up peringatan akan keluar seperti di bawah dan klik saja 'OK'


6) Lepas tu klik saja button 'OK I know, please root !' seperti dibawah.


7) Seterusnya satu lagi pop-up akan muncul dan pada ketika ini klik saja 'back/home' button pada phone anda untuk ke menu utama.


8) Selepas itu, open sekali lagi aplikasi 'ROOT ZenFone' dari application drawer dan selepas itu jangan buat apa-apa pun.
9) Restart  phone dan beberapa ketika akan kelihatan seperti adroid melakukan proses sistem update.
10)Apabila sistem update selesai dan phone berada pada menu utama, buka application drawer, dan secara automatik aplikasi 'SuperSU' akan kelihatan di situ.


11)Seterusnya install aplikasi 'Root Checker' dari Google Play Store. Tujuanya untuk melihat samaada proses rooting tadi berjaya atau tidak. Setalah download dan install, open aplikasi tersebut dan klik 'Agree' seterusnya klik button 'Verify Root' dan biarkan ia menjalankan proses checking itu.


12) Apabila keluar pop-up skrin seperti dibawah, klik saja button 'Grant'.


13) Bila semuanya sudah selesai proses rooting akan disahkan berjaya seperti di bawah.


13) Sekarang Zenfone 6 anda sudah berjaya di root dan mempunyai akses ke root file.
14) Sebagai alternative video di bawah juga boleh di jadikan panduan untuk cara-cara root Zenfone 6 ini.


Akhir sekali dari saya semoga berjaya dan ........Selamat Berkongsi Info !

TQ,