Pages

Sunday, August 31, 2014

Asus Zenfone 6


Ok, kali ini saya nak kongsikan satu info pasal telefon bimbit yang baru saja saya guna keluaran ASUS iaitu Zenfone 6 yang mana sekarang ini tengah hangat di pasaran Malaysia. Kenapa saya kata hangat, sebabnya ASUS kali ini telah berani menawarkan telefon bimbit dengan harga yang mampu milik tetapi mempunyai spesifikasi yang agak tinggi.

Butiran spesifikasi untuk Zenfone 6 :
    • Platform
      Android 4.3 (Jelly Bean)*
    • Color
      Charcoal Black/Pearl White/Cherry Red/Champagne Gold
    • Dimensions
      Phone:
      166.9 x 84.3 x 9.9 mm (LxWxH)
    • Weight
      Phone:
      196 g
    • CPU
      Intel® Atom™ Z2580 ( 2.0 GHz )
    • Memory
      2 GB LPDDR2 RAM
    • Storage
      16GB/32GB eMMC Flash
      5GB free lifetime ASUS WebStorage
    • Memory Slot
      MicroSD card (up to 64 GB)
    • Connectivity Technology
      WLAN 802.11 b/g/n
      Bluetooth V4.0+EDR +A2DP
      Dual Micro SIM card **
    • Network Standard
      UMTS/WCDMA
      DC-HSPA+ UL:5.76 Mbps/DL:42 Mbps
      3G :
      UMTS :
      850/900/1900/2100
      2G :
      EDGE/GPRS/GSM : 850/900/1800/1900,
    • Display
      Phone:
      6inches, HD 1280x720, IPS with Capacitive Multi touch panel
    • Battery
      Phone:
      3300 mAh Lithium
    • Standby Time
      398 hours(3G)
    • Talk Time
      28 hours(3G)
    • Camera
      Phone:
      Front 2 Mega-Pixel
      Rear 13 Mega-Pixel, PixelMaster
    • Video
      Video Playback :
      MPEG4 up to 1080p
      Video Recording :
      MPEG4
      H.264
      H.264 1080p Video Encode and Decode @ 30fps
      Ogg


Lihat sajelah spesifikasi handphone ini, memang tinggi daripada handphone lama saya iaitu Samsung Galaxy Mega 5.8. Pemproses Intel Atom 2.0Ghz yang digunakan sememangnya laju dan sangat lancar dan di tambah pula dengan RAM 2GB. Skrin juga agak besar 6 inci dan begitu jelas sekali walaupun berada di bawah sinaran matahari. Sememannya saya amat berpuas hati dengan spesifikasi dan reka bentuknya walaupun skrin besar tapi senang untuk di pegang dan selesa berada di dalam poket. Paling penting bagi saya adalah fungsi dual sim kerana saya akan gunakan sim1 untuk internet dan sim2 untuk panggilan.

Home Menu Screen
Zenfone 6 ini memberikan skrin responsif yang amat baik sekali dan tiada lansung lag yang biasa berlaku pada telefon saya yang sebelum ini.


Fungsi Camera

Satu lagi cirinya yang agak menarik adalah fungsi kameranya. Teknologi Pixel Master yang digunakan sememangnya memberikan hasil gambar yang menarik di tambah pula dengan resolusi yang tinggi iaitu 13 mega pixel. Video juga mampu dirakam dalam format full HD.

Fungsi Scene kamera yang agak menarik
Saya betul-betul suka dengan fungsi scene yang ada pada kameranya. Terutama sekali Time Rewind dan Selfie. Bagi fungsi selfie, anda boleh merakam gambar selfie dengan menggunakan kamera belakang yang beresolusi tinggi menggunakan teknologi selfie face detection yang mana gambar hanya akan diambil sejurus sahaja wajah anda di kesan pada kedudukan yang terbaik. Saya sudahpun menggunakan pelbagai jenis telefon bimbit jenama lain namun saya rasa ASUS adalah yang terbaik dari segi scene kameranya. Berikut adalah beberapa sampel gambar yang saya shoot mengikut keadaan dan scene berbeza:

Outdoor with Auto Scene

Oudoor with macro focus
Outdoor with macro focus bunga raya sempena merdeka


Outdoor with Depth of Field Scene, memang bergaya scene ni 
Indoor with Auto Scene and Flash 
Indoor with Close up
Indoor with Macro Focus and Flash
Secara kesimpulannya, gambar yang terhasil adalah jelas dan terang walaupun berada dalam keadaan cahaya yang kurang seperti indoor. Walaubagaimanapun, saya agak sedikit kecewa dengan kebolehan LED Flash yang di bekalkan. LED Flash berfungsi sangat baik pada aplikasi Touch Light, namun dalam fungsi kamera cahaya yang terhasil agak kurang memuaskan. Ini mungkin dapat ditingkatkan lagi untuk versi Android 4.4 Kitkat yang dikatakan akan digunakan untuk Zenfone 6 ini.


Prestasi Grafik dan Gaming

Bagi menguji kebolehan sistem grafiknya, saya telah memasukkan beberapa games yang mempunyai tahap grafik yang agak tinggi. Antaranya adalah Real Racing 3, Alphalt 8, Fifa 2014 dan Jump n Smash (game badminton) sempena kejohanan badminton dunia 2014 walaupun Chong Wei kalah saya install jugaklah. Hasil daripada keempat-empat game yang telah saya cuba adalah amat memberangsangkan. Kesan grafik 3D yang di jelmakan amat jelas sekali seolah-olah main game kat komputer. Game juga beroperasi dengan lancar sekali tanpa sebarang lag. Grafik terbaik yang terhasil adalah pada game Real Racing 3, di mana terdapat kesan pantulan cahaya yang begitu menarik terhadap kereta. Berikut adalah sample game screen shoot yang telah saya main.

Real Racing 3

Real Racing 3 Cockpit View


Alphalt 8

Jump and Smash

Fifa 2014

Kesimpulan

Secara keseluruhanya, saya amat berpuas hati dengan spesifikasi, rekabentuk dan kebolehan Zenfone 6 ini. Pemproses Intel Atom yang digunakan memberi prestasi yang baik untuk telefon bimbit ini. Dengan harganya yang boleh dikatakan mampu milik iaitu sekitar RM600++ sahaja untuk versi import.Untuk sesiapa yang berada di sekitar Klang Valley, bolehlah dapatkan telefon ini dengan harga RM669 saja di kedai area SS15 Subang Jaya (Directd nama kedai). Browse je kat MUDAH mesti ada info pasal kedai tu. Saya promote sikitlah kedai tu walaupun satu sen pun tak dibayar komisyen, heh..heh. Model Zenfone ini terdapat 2 model yang lain iaitu Zenfone 4 dan 5 di mana angka belakang mewakili saiz skrin telefon tersebut. Zenfone 5 boleh di beli dengan harga sekitar RM400++ untuk versi import manakala Zenfone 4 pada harga RM299. Model Zenfone 6 adalah model yang berspesifikasi paling tinggi diantara ketiga-tiga.

Berikut markah yang boleh saya berikan mengikut kategori :

1. Rekabentuk 9/10
2. Prestasi 10/10
3. Paparan Skrin 9/10
4. Kualiti Kamera 9/10
5. Grafik dan Gaming 9/10
6. Internet Browsing 8/10

Akhir sekali dari saya.....selamat berkongsi info

TQ,


0 comments :

Post a Comment