'Root' Samsung Galaxy Grand Duos i9082
Samsung Galaxy Grand Duos adalah model yang boleh di katakan baru jugak kat pasaran Malaysia ni kira-kira mula berada di pasaran bulan Februari 2013. Ia merupakan phone pertama keluaran Samsung yang mempunyai paparan skrin bersaiz 5 inci dengan kebolehan 2 sim aktif. Spesifikasi phone ini juga boleh dikatakan agak hebat kerana di lengkapi dengan pemprosesan 1.2 GHz Dual Core dan 1 GB Ram. Semasa ia mula berada di pasaran, ramai jugaklah penggemar telefon bimbit ingin mendapatkan phone ini termasuklah saya sendiri kerana harganya boleh dikatakan kompetitif dan murah di bandingkan dengan Galaxy S3 dan NOTE.
So, di sini saya ingin kongsikan info kepada semua pemilik Galaxy Grand bagaimana caranya untuk 'Root' phone ini bagi membolehkan pengalaman menggunakan phone ini menjadi lebih hebat. Tapi kena ingat proses 'Root' boleh memberi kesan kepada jaminan phone anda.
Ikut langkah-langkah di bawah :
*Note : Abaikan Langkah 1-5 sekiranya phone anda sudah mempunyai "CWM Recovery"
Langkah 1
Download USB Driver di sini -> Samsung USB Driver kemudian set kan “USB debugging” mode ON pada phone anda : Settings>Developer options>USB debugging
Langkah 2
Download ADB Driver di sini -> Samsung ADB Driver seterusnya :
1.Sambungkan phone kepada PC guna USB cable yang dibekalkan
2.Dekat PC, pergi "Device Manager" dan pada "My Computer", right clik dekat ikon phone tu dan seterusnya
3.Klik Properties>Update Driver> Browse>Let me pick>Computer>Have Disk>Browse dan cari Samsung ADB Driver yang anda download tadi, setelah selesai semuanya reboot pc sekiranya di minta
Langkah di atas adalah bagi membolehkan phone dapat disambungkan serta dibaca oleh pc untuk langkah seterusnya
Langkah 3
1.Download "CWM Recovery" di sini -> CWM Recovery
2.Download "Odin 3" di sini -> Odin 3
Langkah 4
1.Off kan phone seterusnya, tekan dengan serentak butang [ Vol Down + power + home button ] dan lepaskan butang tersebut setelah anda melihat logo GT-i9082 keluar pada skrin
2.Seterusnya tekan butang "Vol Up" setelah keluar skrin seperti di bawah
Langkah 5
1.Open Odin 3 yang anda download tadi
2.Dekat Odin 3 tick pada "Auto Reboot" dan "F. Reset Time" kemudian tick pada button "PDA" dan seterusnya browse file "CWM Recovery" yang anda download tadi. Rujuk gambar di bawah
3. Sila pastikan pada "ID:COm" dan "Message" dekat Odin 3 mempunyai status seperti gambar di bawah. USB port number tidak kisah apa-apa nombor sekalipun janji keluar USB port number. Sekiranya anda tidak dapat status seperti di gambar di bawah maknanya anda perlu ulangi semula "Langkah 1 dan 2" di atas
4. Kemudian klik button 'Start" dan tunggu sehingga proses selesai dan message"success" keluar. Phone anda mungkin akan reboot semasa proses ini dijalankan tetapi jangan sesekali mencabut USB cable sebelum proses selesai. Setelah selesai sekarang phone anda sudah mempunyai "CWM Recovery"
Langkah 6 ( Rooting Process )
1.Download "fix recovery" di sini -> Fixed Recovery
2.Download "SuperSu" dekat "Google Play"
3.Download "UPDATE-SuperSU-v1.25.zip" di sini -> Update SuperSU-v1.25 kemudian copy zip file tersebut dalam "External SD kad", bukan pada internal SD kad
4.Off kan phone, kemudian tekan butang [ Vol Up + Power + Home button ] serentak sehingga anda mendapat CWM menu screen
5.Pada CWM menu pilih "install zip from sdcard>choose zip from sdcard" Scroll down and pilih "Fix Recovery.zip" dan sekali lagi pilih "choose zip from sdcard" and ambil "UPDATE-SuperSU-v1.05.zip"
Tunggu sehingga proses selesai dan sekiranya selesai tahniah phone anda telah Berjaya di "Root"



