Pages

Monday, September 1, 2014

'ROOT' Asus Zenfone 6


Salam 1 Malaysia semua, ok sebelum ni saya ada post pasal handphone keluaran Asus iaitu Zenfone 6 yang baru saya gunakan beberapa minggu lepas. Kali ini saya nak kongsikan pula macam mana nak 'ROOT' Zenfone 6 ni. Cara yang sama juga dikatakan boleh digunakan untuk siri Zenfone yang lain. Biasa la kalau dah pakai handphone baru ni mesti nak root sebab ianya memberikan kebebasan menyeluruh kepada kita untuk memodifikasi sistem sedia ada dan membenarkan kebolehan luar batas sesuatu fungsi handphone itu. Senang citer macam-macam la korang boleh buat kalau root dilakukan. TAPI kena ingat, kadang-kadang proses rooting yang gagal akan menyebabkan sistem operasi telefon gagal berjalan seperti biasa dengan kata lain hanphone boleh jadi BRICK. Rooting juga akan void WARRANTY sekiranya gagal di lakukan dengan betul. So, ikuti langkah di bawah secara focus, slow and steady.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut

1) Download file Zenfone Root APK dan simpan dalam internal/external phone storage.
2) Tutup WIFI connection dan mobile data network serta tukar setting kepada 'Flight Mode'.
3) Install 'zenfone root.apk' yang anda download tadi. Sekiranya gagal semasa install, pergi ke 'Setting' > 'Security' > tick 'Unknown sources'.
4) Bila proses install sudah berjaya, icon 'ROOT ZenFone' akan berada dalam application drawer. Klik pada icon tersebut untuk run applikasinya.


5) Satu pop-up peringatan akan keluar seperti di bawah dan klik saja 'OK'


6) Lepas tu klik saja button 'OK I know, please root !' seperti dibawah.


7) Seterusnya satu lagi pop-up akan muncul dan pada ketika ini klik saja 'back/home' button pada phone anda untuk ke menu utama.


8) Selepas itu, open sekali lagi aplikasi 'ROOT ZenFone' dari application drawer dan selepas itu jangan buat apa-apa pun.
9) Restart  phone dan beberapa ketika akan kelihatan seperti adroid melakukan proses sistem update.
10)Apabila sistem update selesai dan phone berada pada menu utama, buka application drawer, dan secara automatik aplikasi 'SuperSU' akan kelihatan di situ.


11)Seterusnya install aplikasi 'Root Checker' dari Google Play Store. Tujuanya untuk melihat samaada proses rooting tadi berjaya atau tidak. Setalah download dan install, open aplikasi tersebut dan klik 'Agree' seterusnya klik button 'Verify Root' dan biarkan ia menjalankan proses checking itu.


12) Apabila keluar pop-up skrin seperti dibawah, klik saja button 'Grant'.


13) Bila semuanya sudah selesai proses rooting akan disahkan berjaya seperti di bawah.


13) Sekarang Zenfone 6 anda sudah berjaya di root dan mempunyai akses ke root file.
14) Sebagai alternative video di bawah juga boleh di jadikan panduan untuk cara-cara root Zenfone 6 ini.


Akhir sekali dari saya semoga berjaya dan ........Selamat Berkongsi Info !

TQ,


Sunday, August 31, 2014

Asus Zenfone 6


Ok, kali ini saya nak kongsikan satu info pasal telefon bimbit yang baru saja saya guna keluaran ASUS iaitu Zenfone 6 yang mana sekarang ini tengah hangat di pasaran Malaysia. Kenapa saya kata hangat, sebabnya ASUS kali ini telah berani menawarkan telefon bimbit dengan harga yang mampu milik tetapi mempunyai spesifikasi yang agak tinggi.

Butiran spesifikasi untuk Zenfone 6 :
    • Platform
      Android 4.3 (Jelly Bean)*
    • Color
      Charcoal Black/Pearl White/Cherry Red/Champagne Gold
    • Dimensions
      Phone:
      166.9 x 84.3 x 9.9 mm (LxWxH)
    • Weight
      Phone:
      196 g
    • CPU
      Intel® Atom™ Z2580 ( 2.0 GHz )
    • Memory
      2 GB LPDDR2 RAM
    • Storage
      16GB/32GB eMMC Flash
      5GB free lifetime ASUS WebStorage
    • Memory Slot
      MicroSD card (up to 64 GB)
    • Connectivity Technology
      WLAN 802.11 b/g/n
      Bluetooth V4.0+EDR +A2DP
      Dual Micro SIM card **
    • Network Standard
      UMTS/WCDMA
      DC-HSPA+ UL:5.76 Mbps/DL:42 Mbps
      3G :
      UMTS :
      850/900/1900/2100
      2G :
      EDGE/GPRS/GSM : 850/900/1800/1900,
    • Display
      Phone:
      6inches, HD 1280x720, IPS with Capacitive Multi touch panel
    • Battery
      Phone:
      3300 mAh Lithium
    • Standby Time
      398 hours(3G)
    • Talk Time
      28 hours(3G)
    • Camera
      Phone:
      Front 2 Mega-Pixel
      Rear 13 Mega-Pixel, PixelMaster
    • Video
      Video Playback :
      MPEG4 up to 1080p
      Video Recording :
      MPEG4
      H.264
      H.264 1080p Video Encode and Decode @ 30fps
      Ogg


Lihat sajelah spesifikasi handphone ini, memang tinggi daripada handphone lama saya iaitu Samsung Galaxy Mega 5.8. Pemproses Intel Atom 2.0Ghz yang digunakan sememangnya laju dan sangat lancar dan di tambah pula dengan RAM 2GB. Skrin juga agak besar 6 inci dan begitu jelas sekali walaupun berada di bawah sinaran matahari. Sememannya saya amat berpuas hati dengan spesifikasi dan reka bentuknya walaupun skrin besar tapi senang untuk di pegang dan selesa berada di dalam poket. Paling penting bagi saya adalah fungsi dual sim kerana saya akan gunakan sim1 untuk internet dan sim2 untuk panggilan.

Home Menu Screen
Zenfone 6 ini memberikan skrin responsif yang amat baik sekali dan tiada lansung lag yang biasa berlaku pada telefon saya yang sebelum ini.


Fungsi Camera

Satu lagi cirinya yang agak menarik adalah fungsi kameranya. Teknologi Pixel Master yang digunakan sememangnya memberikan hasil gambar yang menarik di tambah pula dengan resolusi yang tinggi iaitu 13 mega pixel. Video juga mampu dirakam dalam format full HD.

Fungsi Scene kamera yang agak menarik
Saya betul-betul suka dengan fungsi scene yang ada pada kameranya. Terutama sekali Time Rewind dan Selfie. Bagi fungsi selfie, anda boleh merakam gambar selfie dengan menggunakan kamera belakang yang beresolusi tinggi menggunakan teknologi selfie face detection yang mana gambar hanya akan diambil sejurus sahaja wajah anda di kesan pada kedudukan yang terbaik. Saya sudahpun menggunakan pelbagai jenis telefon bimbit jenama lain namun saya rasa ASUS adalah yang terbaik dari segi scene kameranya. Berikut adalah beberapa sampel gambar yang saya shoot mengikut keadaan dan scene berbeza:

Outdoor with Auto Scene

Oudoor with macro focus
Outdoor with macro focus bunga raya sempena merdeka


Outdoor with Depth of Field Scene, memang bergaya scene ni 
Indoor with Auto Scene and Flash 
Indoor with Close up
Indoor with Macro Focus and Flash
Secara kesimpulannya, gambar yang terhasil adalah jelas dan terang walaupun berada dalam keadaan cahaya yang kurang seperti indoor. Walaubagaimanapun, saya agak sedikit kecewa dengan kebolehan LED Flash yang di bekalkan. LED Flash berfungsi sangat baik pada aplikasi Touch Light, namun dalam fungsi kamera cahaya yang terhasil agak kurang memuaskan. Ini mungkin dapat ditingkatkan lagi untuk versi Android 4.4 Kitkat yang dikatakan akan digunakan untuk Zenfone 6 ini.


Prestasi Grafik dan Gaming

Bagi menguji kebolehan sistem grafiknya, saya telah memasukkan beberapa games yang mempunyai tahap grafik yang agak tinggi. Antaranya adalah Real Racing 3, Alphalt 8, Fifa 2014 dan Jump n Smash (game badminton) sempena kejohanan badminton dunia 2014 walaupun Chong Wei kalah saya install jugaklah. Hasil daripada keempat-empat game yang telah saya cuba adalah amat memberangsangkan. Kesan grafik 3D yang di jelmakan amat jelas sekali seolah-olah main game kat komputer. Game juga beroperasi dengan lancar sekali tanpa sebarang lag. Grafik terbaik yang terhasil adalah pada game Real Racing 3, di mana terdapat kesan pantulan cahaya yang begitu menarik terhadap kereta. Berikut adalah sample game screen shoot yang telah saya main.

Real Racing 3

Real Racing 3 Cockpit View


Alphalt 8

Jump and Smash

Fifa 2014

Kesimpulan

Secara keseluruhanya, saya amat berpuas hati dengan spesifikasi, rekabentuk dan kebolehan Zenfone 6 ini. Pemproses Intel Atom yang digunakan memberi prestasi yang baik untuk telefon bimbit ini. Dengan harganya yang boleh dikatakan mampu milik iaitu sekitar RM600++ sahaja untuk versi import.Untuk sesiapa yang berada di sekitar Klang Valley, bolehlah dapatkan telefon ini dengan harga RM669 saja di kedai area SS15 Subang Jaya (Directd nama kedai). Browse je kat MUDAH mesti ada info pasal kedai tu. Saya promote sikitlah kedai tu walaupun satu sen pun tak dibayar komisyen, heh..heh. Model Zenfone ini terdapat 2 model yang lain iaitu Zenfone 4 dan 5 di mana angka belakang mewakili saiz skrin telefon tersebut. Zenfone 5 boleh di beli dengan harga sekitar RM400++ untuk versi import manakala Zenfone 4 pada harga RM299. Model Zenfone 6 adalah model yang berspesifikasi paling tinggi diantara ketiga-tiga.

Berikut markah yang boleh saya berikan mengikut kategori :

1. Rekabentuk 9/10
2. Prestasi 10/10
3. Paparan Skrin 9/10
4. Kualiti Kamera 9/10
5. Grafik dan Gaming 9/10
6. Internet Browsing 8/10

Akhir sekali dari saya.....selamat berkongsi info

TQ,


Monday, May 13, 2013

Macam mana nak 'Root' Samsung Galaxy Grand

 
'Root' Samsung Galaxy Grand Duos i9082
 
Samsung Galaxy Grand Duos adalah model yang boleh di katakan baru jugak kat pasaran Malaysia ni kira-kira mula berada di pasaran bulan Februari 2013. Ia merupakan phone pertama keluaran Samsung yang mempunyai paparan skrin bersaiz 5 inci dengan kebolehan 2 sim aktif. Spesifikasi phone ini juga boleh dikatakan agak hebat kerana di lengkapi dengan pemprosesan 1.2 GHz Dual Core dan 1 GB Ram. Semasa ia mula berada di pasaran, ramai jugaklah penggemar telefon bimbit ingin mendapatkan phone ini termasuklah saya sendiri kerana harganya boleh dikatakan kompetitif dan murah di bandingkan dengan Galaxy S3 dan NOTE.
 
So, di sini saya ingin kongsikan info kepada semua pemilik Galaxy Grand bagaimana caranya untuk 'Root' phone ini bagi membolehkan pengalaman menggunakan phone ini menjadi lebih hebat. Tapi kena ingat proses 'Root' boleh memberi kesan kepada jaminan phone anda.
 
Ikut langkah-langkah di bawah :
 
*Note : Abaikan Langkah 1-5 sekiranya phone anda sudah mempunyai "CWM Recovery"
 
Langkah 1
Download USB Driver di sini -> Samsung USB Driver kemudian set kan “USB debugging” mode ON pada  phone anda : Settings>Developer options>USB debugging
 
Langkah 2
Download ADB Driver di sini -> Samsung ADB Driver seterusnya :
1.Sambungkan phone kepada PC guna USB cable yang dibekalkan
2.Dekat PC, pergi "Device Manager" dan pada "My Computer", right clik dekat ikon phone tu dan seterusnya
3.Klik Properties>Update Driver> Browse>Let me pick>Computer>Have Disk>Browse dan cari Samsung ADB Driver yang anda download tadi, setelah selesai semuanya reboot pc sekiranya di minta
 
Langkah di atas adalah bagi membolehkan phone dapat disambungkan serta dibaca oleh pc untuk langkah seterusnya
 
Langkah 3
1.Download "CWM Recovery" di sini -> CWM Recovery
2.Download "Odin 3" di sini -> Odin 3
 
Langkah 4
1.Off kan phone seterusnya, tekan dengan serentak butang [ Vol Down + power + home button ] dan lepaskan butang tersebut setelah anda melihat logo GT-i9082 keluar pada skrin
2.Seterusnya tekan butang "Vol Up" setelah keluar skrin seperti di bawah
 
 
Langkah 5
1.Open Odin 3 yang anda download tadi
2.Dekat Odin 3 tick pada "Auto Reboot" dan "F. Reset Time" kemudian tick pada button "PDA" dan  seterusnya browse file "CWM Recovery" yang anda download tadi. Rujuk gambar di bawah
 
 
3. Sila pastikan pada "ID:COm" dan "Message" dekat Odin 3 mempunyai status seperti gambar di bawah. USB port number tidak kisah apa-apa nombor sekalipun janji keluar USB port number. Sekiranya anda tidak dapat status seperti di gambar di bawah maknanya anda perlu ulangi semula "Langkah 1 dan 2" di atas
 
 
 
4. Kemudian klik button 'Start" dan tunggu sehingga proses selesai dan message"success" keluar. Phone anda mungkin akan reboot semasa proses ini dijalankan tetapi jangan sesekali mencabut USB cable    sebelum proses selesai. Setelah selesai sekarang phone anda sudah mempunyai "CWM Recovery"
 
Langkah 6 ( Rooting Process )
1.Download "fix recovery" di sini -> Fixed Recovery
2.Download "SuperSu" dekat "Google Play"
3.Download "UPDATE-SuperSU-v1.25.zip" di sini -> Update SuperSU-v1.25 kemudian copy zip file tersebut dalam "External SD kad", bukan pada internal SD kad
4.Off kan phone, kemudian tekan butang [ Vol Up + Power + Home button ] serentak sehingga anda mendapat CWM menu screen
5.Pada CWM menu pilih "install zip from sdcard>choose zip from sdcard" Scroll down and pilih "Fix Recovery.zip" dan sekali lagi pilih "choose zip from sdcard" and ambil "UPDATE-SuperSU-v1.05.zip"
 
Tunggu sehingga proses selesai dan sekiranya selesai tahniah phone anda telah Berjaya di "Root"